Pengenalan |
Mesyuarat Agung PIBG ke-12 telah pun diadakan. Ianya dihadiri oleh lebih kurang 60 ibubapa. AJK PIBG yang baru telah berjaya dilantik. Kata sepakat untuk sumbangan PIBG juga telah dapat dipersetujui. Lebih lanjut... ![]() Mesyuarat Agung PIBG ke-12 akan diadakan pada 22 Februari 2009, hari Ahad, bermula pada pukul 8:30 pagi. Bersama-samalah kita menjayakannya. ![]() Isu yuran PIBG/sekolah mungkin akan menjadi isu hangat tahun 2009. Ada apa-apa yang berlegar dalam fikiran anda mengenai isu ini? Bincangkan. ![]() Selamat Tahun Baru dan selamat kembali ke sesi persekolahan 2009! Ingin tahu mengapa 2008 dirasai agak lama sedikit? ![]() Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Bercuti! Guna tali pinggang keledar, patuhi had laju, pandu cermat dan lebih-lebih lagi semoga Hari Raya diraikan aman dan penuh gembira bersama sahabat handai dan keluarga. Ayam tambatan usah dilaga ![]() UPSR menjelang tiba (Sep 9 -- Sep 11, 2008). Untuk murid-murid SK Bukit Kuchai, tenang-tenang semasa peperiksaan dan semoga berjaya dengan cemerlang! ![]() Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Bulan Ramadan adalah masa untuk memperbanyakkan kerja kebajikan dan bermuhasabah. ![]() Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kini kita berada dalam Bulan Merdeka. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat kemerdekaan anda? Sila kongsi bersama pengalaman anda. ![]() 9 Ogos 2008:BERITA TERKINI! Mesyuarat PIBG ke-4 telah ditunda ke tarikh ini bermula pada 2:30 petang. Sila ambil perhatian. Jumpa di sana. ![]() 24 Mei-8 Jun 2008: Cuti Pertengahan Tahun. Selamat beristirahat dan jaga diri! Selain daripada itu, banyak lagi gambar-gambar daripada Sukaneka kita tempoh hari sudah dimuat naik. ![]() 16 Mei 2008: Selamat Hari Guru! Marilah kita memperingati jasa guru-guru kita yang tidak berbelah bagi berusaha untuk menjadikan kita insan berguna. Trivia: Tahukah anda Hari Guru tidak disambut pada hari yang sama di semua tempat di dunia? Lihat Hari Guru di Wikipedia. ![]() 13-15, 20-21 Mei 2008: Peperiksaan Pertengahan Tahun (Minggu 1, Minggu 2). Selamat mengulangkaji dan semoga berjaya dalam peperiksaan! ![]() 11 Mei 2008: Hari Sukan penuh tidak dapat diadakan pada tahun ini akibat kerja-kerja baik pulih cerunan bersebelahan padang sekolah. Namun begitu Sukaneka akan diadakan pada 11 Mei 2008 ini bermula pada jam 8 pagi. Sama-sama kita jayakan hari tersebut. Juga, pihak kantin sekolah telah setuju membenarkan PIBG membuat jualan makanan dan minuman untuk menambah hasil tabung PIBG. lagi... (gambar) |
Jalan 17, Taman Bukit Kuchai, 47100 Puchong, Malaysia - Tel: 03-80763780 -- e-mel: info@skbukitkuchai.net



